Biodata Pak SBY

Nama : Susilo Bambang Yudhoyono
Alamat Asal : Bogor
Tempat Tanggal Lahir : Pacitan, 9 September 1949;

Cerita Singkat :

Dilahirkan di Pacitan, Jawa Timur kepada Raden Soekotjo dan Siti Habibah, SBY menyertai dunia ketenteraan mengikut jejak ayahnya. Pada tahun 1973, beliau lulus dari akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (AKABRI) dengan penghargaan "Adhi Makayasa" sebagai murid lulusan terbaik dan "Tri Sakti Wiratama" yang merupakan prestasi gabungan mental, fizikal, dan intelek yang tertinggi.

Dalam tempoh antara 1974 dan 1976, SBY memulakan kerjayanya dengan Dan Tonpan Yonif Linud 330 Kostrad. Kemudian pada tahun 1976, beliau belajar di Sekolah Bawaan Udara dan Renjer Tentera Amerika Syarikat, serta menyertai banyak lagi kursus untuk kemajuan diri. Sila lihat: Pendidikan SBY. SBY ditugaskan untuk operasi-operasi di Timor-Timur pada tempoh 1979-1980 dan 1986-1988.

Dari 1989 ke 1993), SBY bertugas sebagai Pensyarah Seskoad Korspri Pangab, Dan Brigif Linud 17 Kujang 1 Kostrad (1993-1994, Asops Kodam Jaya (1994-1995) dan Danrem 072/Pamungkas Kodam IV/Diponegoro (1995) serta Ketua Pemerhati Tentera bagi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPF) di Bosnia-Herzegovina (1995-1996). Kelulusan SBY dari Kolej Pegawai Perintah dan Turus, Fort Leavenwort, Kansas, Amerika Syarikat, serta Saujana Sasteranya (MA) dari Universiti Webster Pengurusan (Management Webster University), Missouri, Amerika Syarikat juga membantu kerjayanya di Kasdam Jaya (1996), Pangdam II/Sriwijaya sekaligus Ketua Bakorstanasda, Ketua Fraksi ABRI MPR pada Sidang Istimewa MPR tahun 1998, dan Ketua Staf Wilayah (Kaster ABRI) dari 1998 ke 1999.

Pada tahun 1997, SBY diangkat sebagai Ketua Angkatan Bersenjata dan Staf Urusan Sosial dan Politik. Kerjaya tenteranya terhenti ketika beliau dilantik oleh Presiden Abdurrahman Wahid sebagai Menteri Pelombongan dan Tenaga pada 26 Oktober 1999, dan Menteri Penyelaras Politik, Sosial, dan Keamanan. Perlantikan itu terjadi sewaktu Presiden Abdurrahman Wahid berada di "hujung tanduk". SBY mundur daripada jawatan-jawatan tersebut pada 11 Mac 2004 sewaktu pimpinan pemerintahan dikendalikan oleh Presiden Megawati Sukarnoputri kerana dicalonkan oleh Parti Demokrat sebagai calon presiden.

SBY memperoleh kedoktorannya (PhD) dalam bidang Ekonomi Pertanian dari Institut Pertanian Bogor (IPB) pada 3 Oktober 2004. Pada 15 Desember 2005, beliau menerima doktor kehormat dalam bidang ilmu politik dari Universiti Thammasat Bangkok (Thailand). Dalam ucapannya sewaktu menerima anugerah tersebut, beliau menegaskan bahawa politik merupakan seni untuk perubahan dan transformasi dalam sebuah negara demokrasi yang damai. Beliau tidak yakin sepenuhnya bahawa politik adalah ilmu.

Dalam Persidangan Istimewa Parliamen Rakyat] pada akhir Julai 2001, SBY menjadi calon Naib Presiden. Walaupun tidak terpilih, nama SBY tetap bersinar. Dalam kabinet Megawati-Hamzah, SBY dilantik semula sebagai Menkopolkam, satu jawatan yang strategik. Semasa tempoh perjawatannya itu, SBY mengendalikan banyak kes yang harus diselesaikan, terutama kes-kes mengenai Aceh, Poso, dan Maluku. Beliau memainkan peranan yang besar dalam menentukan darurat tentera di Aceh dan Maluku. SBY juga memainkan peranan yang besar dalam perjanjian Malino untuk menyelesaikan pertikaian di Poso.

Dalam pilihan raya umum 2004, SBY menewaskan Megawati Sukarnoputri dan menjadi ketua negara Indonesia.

Dalam kehidupan peribadinya, SBY berkahwin dengan Kristiani Herawati, anak ketiga kepada Almarhum Jen. (Purn) Sarwo Edhi Wibowo, komandan RPKAD (kini Kopassus) yang membantu menumpaskan Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1965. Mereka dikurniakan dengan dua orang anak lelaki: Agus Harimurti Yudhoyono, dan Edhie Baskoro Yudhoyono.

Prestasi :

Pendidikan
1973: Akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Akabri)
1976: Kursus Bahasa Amerika, Lackland, Texas, Amerika Syarikat
1976: Kursus Bawaan Udara dan Renjer, Fort Benning, Amerika Syarikat
1982-1983: Kursus Lanjutan Pegawai Infantri, Fort Benning, Amerika Syarikat
1983: Latihan semasa kerja dalam Bahagian Bawaan Udara ke-82, Fort Bragg, Amerika Syarikat
1983: Sekolah Peperangan Hutan, Panama
1984: Kursus Senjata Anti Kereta Kebal di Belgia dan Jerman
1985: Kursus Komando Batalion
1988-1989: Sekolah Komando Angkatan Darat
Kolej Pegawai Perintah dan Turus, Fort Leavenwort, Kansas, Amerika Syarikat
Saujana Sastera (MA) dari Universiti Webster Pengurusan (Management Webster University), Missouri, Amerika Syarikat
2004: Kedoktoran dalam bidang Ekonomi Pertanian dari Institut Pertanian Bogor (IPB).

Kerjaya
1974-1976: Dan Tonpan Yonif Linud 330 Kostrad
1976-1977: Dan Tonpan Yonif 305 Kostrad
1977: Dan Tn Mo 81 Yonif Linud 330 Kostrad
1977-1978: Pasi-2/Ops Mabrigif Linud 17 Kujang I Kostrad
1979-1981: Dan Kipan Yonif Linud 330 Kostrad
1981-1982: Paban Muda Sops SUAD
1983-1985: Komandan Sekolah Pelatih Infantri
1986-1988: Dan Yonif 744 Dam IX/Udayana
1988: Paban Madyalat Sops Dam IX/Udayana
1989-1992: Pensyarah Seskoad
1993: Korspri Pangab
1993-1994: Dan Brigif Linud 17 Kujang 1 Kostrad
1994-1995: Asops Kodam Jaya
1995: Danrem 072/Pamungkas Kodam IV/Diponegoro
November 1995 - : Ketua Pemerhati Tentera bagi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPF) di Bosnia-Herzegovina
1996: Kasdam Jaya (hanya lima bulan)
1996- Pangdam II/Sriwijaya merangkap Ketua Bakorstanasda
1998: Ketua Fraksi ABRI MPR (Persidangan Khas MPR 1998)
1998-1999: Ketua Staf Wilayah (Kaster ABRI)
26 Oktober 1999 - : Mentamben
Menko Polsoskam (Pemerintahan Presiden Abdurrahman Wahid)
Menko Polkam (Pemerintahan Presiden Megawati Sukarnoputri) mengundurkan diri 11 Mac 2004

Penugasan
Operasi Timor Timur (1979-1980), dan 1986-1988

Anugerah Susilo Bambang Yudhoyono
1973: Tri Sakti Wiratama (Prestasi Tertinggi Gabungan Mental Fizikal, dan Intelek)
1973: Adhi Makayasa (kelulusan terbaik Akabri
1976: Satya Lencana Seroja
1983 Siswazah Kepujian IOAC, Amerika Syarikat
1985: Satya Lencana Dwija Sista
1989: Kelulusan terbaik Seskoad Susreg XXVI
1989: Pensyarah Terbaik Seskoad
1996: Satya Lencana Santi Dharma
1996: Satya Lencana Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPF)
1996: Satya Lencana Pihak Berkuasa Peralihan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Slavonia Timur, Baranja, dan Sirmium Barat (UNTAES)
1998: Bintang Kartika Eka Paksi Nararya
1998: Bintang Yudha Dharma Nararya
1998: Sayap Penerbang TNI-AU
1998: Sayap Kapal Selam TNI-AL
1999: Bintang Kartika Eka Paksi Pratama
1999: Bintang Yudha Dharma Pratama
1999: Bintang Dharma
1999: Bintang Maha Putera Utama
2003: Tokoh Berbahasa Lisan Terbaik
2005: Bintang Asia (Star of Asia) oleh BusinessWeek
2006: Bintang Kehormat Darjah Kerabat Laila Utama oleh Sultan Brunei
2008: Darjah Utama Seri Mahkota Negara oleh Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

9 comments:

udin said...

semoga bpk bs mjd presiden lg,saya ttp dukung bpk

Admin said...

amien.
kalahkan GERINDRA ...!

Admin said...

amien.

kalahkan GERINDRA ...!

Hamba ALLAH said...

Semangat pak SBY,,
Smga anda trpilih lgi..
Amien y robbal'alamin...

dimas nugraha said...

walaupun saya belum 17 tahun.tapi saya salur kpada bapak!!

Irfan Amin said...

Aku sangat kagum dengan kepribadian Pak SBY yang sabar dan tabah dalam segala hal.Kebijakan yang diambil dalam memimpin negeri ini sangat tepat.Aku mendoakan semoga pemilu thn 2009 ini bapak terpilih lagi jadi Presiden.Amin

Makkahanur Deslecha said...

:cool: :cool: :smile: :shock: :lol: :?: Semoga jADi lg

Budi said...

:lol:
Terus berjuang dengan seikhlas2nya!!
Bpk Prabowo, Bpk Wiranto, Ibu Mega menurut saya cuma sentimen dan iri aza!! Pak Prabowo ada Bapaknya, Bu Mega juga,
Dalil2 rakyat miskin jangan dijual untuk sentimen!! Inget Umur2 Pak SBY, Pak Prabowo, Ibu Mega, pak Wiranto antara 5-15 tahun lagi.
Tidak usah mikirin karier, tidak usah jual rakyat, yang diperlukan adalah:
1. Bersodaqoh, harta yang banyak mendingan sumbangkan untuk rakyat, jangan disia-siakan untuk dana kampanye yang tidak ada hadistnya di alQuran.
2. Banyak Dzikir, mohon pengampunan dosa atas segala perbuatan Bpk/Ibu semua.
Mohon maaf atas kekhilafan saya

Cipanlizsta said...

berjuang Pak!
saya seneng kalo bapak yang jadi presidenn...
moga" indonesia terus ke arah yang lebih baik x)
semangat!

Post a Comment